Wednesday, June 26, 2013

SUSU IBU


Fasa Memogenesis:
  • Fasa perkembangan kelenjar susu dan berlaku semasa kandungan bayi masih di peringkat awal lagi, iaitu antara 7 hingga 8 minggu. Perubahan ini dipengaruhi oleh hormon estrogen dan hormon progesteron selain hormon prolaktin dan hormon tumbesaran. 
Fasa Laktogenesis [peringkat penghasilan susu]. Dibahagiakn kepada 2 peringkat:
  • Laktogenesis peringkat satu ialah fasa yang melibatkan aktiviti rembesan dan penghasilan kolostrum. Ia bermula semasa trimestar ketiga kandungan, iaitu mulai minggu ke 28 hingga beberapa hari selepas bayi dilahirkan.
  • Laktogenesis peringkat kedua pula merupakan proses penghasilan susu perantara. Ia bermula antara hari ke 3 hingga hari ke 5 dan berterusan sehingga susu matang dihasilkan. Pada peringkat ini, isi padu susu yang dihasilkan bertambah dari sehari ke sehari mengikut keperluan bayi.
Fasa Galaktopoiesis:
  • Fasa untuk memastikan penghasilan susu matang dikekalkan - ia bermula lebih kurang 2 hingga 3 minggu selepas bayi dilahirkan.
  • Hormon yang bertindak untuk merangsang penerusan penghasilan susu matang ialah hormon PROLAKTIN dan hormon OKSITOSIN. Aras hormon ini dipengaruhi oleh rangsangan pengeluaran susu.
  • Lebih banyak susu yang dikeluarkan samada melalui perahan atau hisapan terus daripada puting ibunya, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
  • Hormon PROLAKTIN dan OKSITOSIN akan dirembeskan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak...makanya selagi bayi itu menyusu susu ibunya, selagi itu susu dapat dihasilkan walaupun bayi itu sudah berusia 2, 3 atau 4 tahun.
  • Sebaliknya jika susu ibu tidak dikeluarkan maka semakin berkurangan susu ibu yang dihasilkan. Hormon PROLAKTIN dan hormon OKSITOSIN kurang dirembeskan, maka penghasilan susu akan berkurangan.
  • Oleh itu, jika bayi tidak diberikan susu secara kerap mengikut kehendak bayi, maka lama-kelamaan penghasilan susu akan berkurangan dan bayi tidak mendapat susu sebanyak yang diperlukan.



No comments:

Post a Comment