Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini. Dalam entry yang lepas saya dah berkongsi resipi Kek Batek Tanpa Telur. Kali ini saya akan kongsikan resipi Cracker Lapis Cheese. Dah lama nak kongsi resipi ni di blog, tapi keadaan tidak menginzinkan. Jadi hari ni, kebetulan ada masa nak jengah blog dapatlah saya kongsikan resipi yg sangat mudah ni. ;)
Bahan-bahan:
- Sebungkus Deluxe Crackers [biskut lain pon blh, marie/ oreo]
- Cream cheese (250gm) [-guna jenama Tatura ni pon dah sedap. Kalau guna Philadelphia lg sedap tp mahal la sikit
- Susu pekat manis [resipi asal guna 1/2 tin tp yg ni guna 1/4 tin je, pandai2 la adjust tahap kemanisan tu ye]
- Fresh milk (beli susu dutch lady full cream/ fresh milk yg kotak kecil tu je sbb x guna byk pon)
Step 1:
Guna mixer utk pukul cream cheese sampai jadi lembut. Kalau xde mixer, guna blender pon blh tp cream cheese tu kena potong kecil2 dlu.
Step 2:
Tambahkan susu pekat manis. Tuang sikit-sikit ye. Kalau kurang manis tambah lg. Pukul lagi sampai sebati.
Step 3:
Tambah fresh milk dalam 2 atau 3 sudu. Kalau bancuhan tu pekat sangat blh tambahkan lg fresh milk. Tp jgn sampai cair, nanti lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat nanti bancuhan dapat sikit je.
Step 4:
Ambil biskut dan celup dalam fresh milk. CELUP sahaja, jgn direndam ok. Nanti biskut lembik. Dah celup, susun biskut dalam bekas.
Step 5:
Dah siap susun biskut, lapiskan dengan bancuhan cream cheese tadi. Sekadar utk tutup biskut2 tu, x payah tebal sangat. Pastu susun lagi biskut2 yang dah dicelup dlm fresh milk tu. Masa melapis ni, tekan2 sikit biskut2 tu biar mampat.
Pastu ulang la melapis sampai habis bancuhan cream cheese tu.
Step 6:
Pastikan bahagian atas sekali cream cheese ye. Lepas tu suka hati la nak tabur milo/ nescaffe/ horlick, ikut selera masing-masing.
Tutup bekas, pastu simpan dalam peti ais. Biar semalaman, bg keras sikit nanti senang nak potong.
Macam mana? Senang je kan nak buat Cracker Lapis Cheese ni. Apa yang penting anda kena bersabar sikit lah waktu proses melapis tu ye. Selamat mencuba, selamat melapis.
Dipersilakan untuk share resipi ni. =)
WAH...MACAM MUDAH JE
ReplyDeletemmg mudah je..sila la cuba ya =)
DeleteKalau letak dlm peti ais dlm 2 hngga 3 jam ok ker? ?
ReplyDeleteRoti tu kite pkai hbis ke atau pkai separuh je??
ReplyDeleteRoti tu kite pkai hbis ke atau pkai separuh je??
ReplyDeleteAkan saya cuba hari ini..thanks ya
ReplyDeleteThanks for the recepi
ReplyDeletetqvm for the recipe. i will try
ReplyDelete